Thursday, November 20, 2008

family day


http://blog.shagrasyiid.com/wp-content/gallery/prosboc/familybash2.gif

28 - 30/11/2008

Hari keluarga utk kelab kete saga blm PROSBOC
ramai juga org nk join..tp syg aku tak dpt join sbb bini aku kena keje....
biasa lah org keje dgn Kem Pen Dlm Negeri..memautau harga seluruh mlaysia
nk pasti harga barang setiap stabil.....

kete saga - kereta rakyat

MUNGKIN ramai yang bertanya mengapa laporan pandu uji kali ini adalah Proton Saga BLM sedangkan model itu sudah lama di pasaran.

Ketika prapelancarannya awal Januari lalu, penulis hanya sempat memandu uji Saga BLM selama tiga hari kerana permintaan 'hangat' daripada rakan media permotoran lain yang turut teruja dengan model berkenaan.


Kini, selepas puas melaram termasuk melakukan perjalanan jauh, penulis membuat kesimpulan ada beberapa keistimewaan Saga BLM sehingga Proton berani mengeksportnya ke luar negara.

Jika rakyat negara India menggelar model Tata Nano kereta rakyat, Saga BLM mungkin mendapat pengiktirafan sama di negara ini.

Buktinya, sehingga Oktober lalu, Saga BLM menerima tempahan lebih 80,000 unit termasuk 43,023 unit berada di jalan raya seluruh negara.

Seperti biasa, ciri luaran Saga BLM memang jauh berbeza berbanding model sebelumnya, sesuai dengan era tahun kegemilangannya sekitar 1980-an.

Lampu depan lebih besar dan lampu belakang jernih menambahkan ciri keselamatan model asal Proton ini.

Casis kukuh sama seperti Savvy membolehkan pemandu dan penumpang lebih selamat ketika di jalan raya.

Malah, Saga BLM model M-line turut dilengkapi beg udara untuk pemandu dan tali pinggang keselamatan praregangan.

Pelancaran model ini juga memperlihatkan Proton turut memperkenalkan logo kepala harimau perak dan berlatar belakang hitam berbanding warna hijau pada model terdahulu.

Sekali imbas, Saga BLM seperti kenderaan import dan jika pemilik melakukan sedikit pengubahsuaian, pasti orang ramai tidak perasan kenderaan berkenaan buatan tempatan.

Sebaik melangkah masuk ke ruang kabin, paparan meter dan papan pemuka yang ringkas dan kemas menjadikan Saga sebuah kenderaan mudah dikendalikan.

Butang kawalan penyaman udara dan radio yang diletakkan secara dekat menjadikan pemandu tidak perlu menggapai tangan terlalu jauh daripada stereng.

Radio daripada Clarion yang boleh memainkan CD kedengaran padat, tidak seperti radio kenderaan lain yang boleh dipertikaikan tahap kualitinya.

Bagi penulis yang agak tinggi, jarak antara kepala dan bumbung sangat memuaskan dan tidak terasa panas apabila memandu pada waktu tengah hari.

Tempat duduk belakang juga nyata luas dan selesa untuk tiga penumpang dewasa menikmati keseronokan menaiki model keenam yang dibangunkan sendiri Proton selepas pelancaran Waja pada tahun 2000.

Paling mengujakan, keluasan but sehingga 413 liter membolehkan kelima-lima penumpang memuatkan beg pakaian mereka tanpa perlu berkongsi beg seperti kebiasaan.

Seperti kenderaan import lain, Proton juga menggunakan komponen yang dikongsi daripada model lain seperti corong udara daripada Saga model LMST, meter dan papan pemuka daripada Savvy, stereng daripada Neo dan pembuka pintu daripada Persona.

Prestasinya pula, Saga BLM menggunakan enjin CamPro yang dilengkapi dengan 'Integrated Air Fuel Module' (IAFM) yang membolehkan penggunaan minyak lebih optimum dan menjimatkan.

IAFM adalah sistem kemasukan udara yang mempunyai dua liang kemasukan untuk memberikan prestasi yang responsif memandu.

Saga BLM mampu memecut sehingga melebihi 150 kilometer sejam dan tujahan tork yang tinggi untuk mendaki bukit walaupun bermuatan penuh.

Sistem gantungan depan ialah daripada jenis pegas MacPherson dengan bar penstabil manakala dibantu aci palang torsion (torsion beam axle) pada bahagian belakang.

Sistem gantungan ini ditala sendiri Proton yang mendapat suntikan teknologi daripada Lotus Engineering.

Dengan harga serendah RM39,998 termasuk insurans, Saga BLM adalah model yang paling ideal bagi mereka yang berkeluarga kecil tetapi mahukan kenderaan yang jimat, berkuasa dan tidak perlu berhenti berteduh ketika hujan.



SPESIFIKASI

Enjin: CamPro 1.3

Kuasa Maksimum: 95bhp pada 6,000 rpm

Tork Maksimum: 120Nm pada 4,000 rpm

Transmisi: Automatik empat kelajuan

Ciri Keselamatan: Beg udara pemandu, tali pinggang pra-regangan, casis kukuh.

Harga: RM39,998 termasuk insurans

Tayar yang dicadangkan: ComfortContact -1

Saiz standard: 185/60/R140 82H

Saiz Pilihan: 195/50R15 82V


http://www.forum.thesagaclub.com/index.php?sid=531a4d429b8401a420c106401a33f048

Wednesday, November 19, 2008

hari arco 2008

Jabatan Kejuruteraan Awam..unit senibina mengadakan HaRI Arco2008 menghimpun hasil keje pelajar sesi 2008/2009

http://s446.photobucket.com/albums/qq190/sevenprocbos/

salam

selamat datang my first blog